Tazkirah

Ingat mengingati sesama insan..

  • Full Screen
  • Wide Screen
  • Narrow Screen
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Hantar Artikel

Kami mahukan artikel dari anda!!

Jika anda ingin menulis atau menjadi penulis tamu di website ini, sila hantarkan butiran diri anda dan contoh artikel yang ditulis. Kami perlukan artikel untuk kolum 'Ilmiah' dan 'Pedoman'. Insyaallah semoga hasil tulisan anda menjadi pedoman kepada seluruh umat Islam. Amin

Ilmiah

10 perkara yang biasa terjadi pada malam raya

E-mail Cetak PDF
Penilaian Pengunjung: / 1
KurangTerbaik 

Hari raya adalah antara saat-saat yang dinantikan oleh pelbagai lapisan golongan masyarakat yang beragama Islam. Ini antara menunjukkan kemenangan mereka berpuasa selama sebulan. Tetapi tidak lupa juga gelagat-gelagat kelakar mereka yang tidak sabar meraikan hari raya ini. Antara perkara-perkara yang biasa terjadi pada malam raya (esok la rayanya!) :

  1. Berkata dalam hati “Yes, esok dah takyah poser… boleh minum air banyak-banyak!”
  2. Boleh gi jalan-jalan umah awek ni esok!
  3. Tengok sarkas kat tv pun ok gak pada pagi-pagi raya… (nasib sekarang ni tv dah x amik lagi program sarkas)
  4. “Baju raya aku dah gosok ke belum.. kena gosok awal-awal ni, nanti kang tak pasal pasal berebut stareka”.
  5. “Aduh…baju ada 12 helai lagi ni tak siap jahit.. camne nak bagitau customer ni…”
  6. “Saya tak kira, saya nak beraya kat Kedah jugak tahun ni, tak kira…” kata milah pada lakinya.
  7. “Alamak minyak kete tak isi lagi ni, kena gi isi cepat sebelum orang penuh”.
  8. “Abang… ada nampak tak duit syiling yang saya kumpul ni? Nak buat duit raya kasi bebudak ni…”
  9. “Mak, mak janji nak kasi RM100 kat adik kan kalau adik puasa penuh tahun ni?” – Maknya menggaru kepala…
  10. “Esok aku nak g jalan kat semua rumah. Tahun lepas collection dapat RM120, minta-minta la tahun ni dapat RM200″. Kata adik Hanip dalam hati…

Kita pula bagaimana? Ke manakah amalan bertakbir dari rumah ke rumah seperti dahulu kala? Hari ini, kita sibuk menyiapkan juadah untuk esok, memasang langsir baru, sofa baru, tv baru, bini baru (kalo mampu la).

Jibril menerangkan tentang Neraka

E-mail Cetak PDF
Penilaian Pengunjung: / 1
KurangTerbaik 

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi s.a.w.: ‘Mengapa aku melihat kau berubah muka?’

Jawabnya:  ‘Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.’

Lalu Nabi s.a.w. bersabda: ‘Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.’

Jawabnya: Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.’

Nabi s.a.w. bertanya: ‘Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?’

Jawabnya: ‘Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.’ (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: ‘Siapakah penduduk masing-masing pintu?’

Jawab Jibrail: Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a.s. serta keluarga Fir’aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi’in bernama Saqar,
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa’eir,’

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya:  ‘Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?’

Jawabnya:  ‘Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.’

Maka Nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala Nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar Nabi saw bersabda:  ‘Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari umat ku yang akan masuk ke dalam neraka?’

Jawabnya: ‘Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari umatmu.’

Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang
selalu menangis dan minta kepada Allah.

(dipetik dari kitab ‘Peringatan Bagi Yang Lalai’)


Betapa sayangnya Nabi Muhammad S.A.W pada umatnya…cuma kita sahaja yang tak sayangkan baginda…

Dari Hadith Qudsi:

Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

  1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
  2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
  3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
  4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
  5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
  6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
  7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
  8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
  9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
  10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
  11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua…..Wallahua’ lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Dari Abdullah bin ‘Amr R.A,
Rasulullah S.A.W bersabda:

Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

Ihsan: isumalaysia.com

Zulhijjah dan Aidiladha

E-mail Cetak PDF

KULLU 'AM WA ANTUM BI KHAIRIN..

Bulan Zulhijjah, khususnya sepuluh hari awalnya adalah merupakan peluang kedua selepas Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan.

Disebutkan oleh Nabi SAW :

"Sebaik-baik hari di dunia adalah sepuluh hari itu" (Riwayat al-Bazzar ; Albani : Sohih).

Allah SWT pula berfirman :

وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ

"Demi Fajar dan hari-hari yang sepuluh" ( Al-Fajr : 1).

Majoriti ulama menyatakan hari sepuluh itu merujuk kepada hari pertama hingga sepuluh Zulhijjah dan bukannya sepuluh terakhir Ramadhan. (Zad Al-Ma'ad, Ibn Qayyim).

Ia juga disebut oleh Nabi SAW dalam hadith lain :

"Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini" (Riwayat Al-Bukhari).

Bersambung..

Salam Ramadhan

E-mail Cetak PDF

Salam Ramadhan kepada seluruh umat Islam di dunia. Selamat datang kepada bulan yang memberikan seribu satu kebaikan dan manfaat yang tidak ternilai. Hanya mereka yang dirahmati-Nya akan merasai nikmat berpuasa di bulan Ramadahan ini. Kisah-kisah di bulan Ramadhan tidak dapat disangkal telha menjadikan kita umat Islam sebagai umat yang dirahmati dan diredhai-Nya.

Khasiat Ayat Kursi

E-mail Cetak PDF
Penilaian Pengunjung: / 1
KurangTerbaik 
SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
Selanjutnya...

Halaman 1 dari 3

You are here: