Tazkirah

Ingat mengingati sesama insan..

  • Full Screen
  • Wide Screen
  • Narrow Screen
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Hantar Artikel

Kami mahukan artikel dari anda!!

Jika anda ingin menulis atau menjadi penulis tamu di website ini, sila hantarkan butiran diri anda dan contoh artikel yang ditulis. Kami perlukan artikel untuk kolum 'Ilmiah' dan 'Pedoman'. Insyaallah semoga hasil tulisan anda menjadi pedoman kepada seluruh umat Islam. Amin

Sudahkah anda menyempurnakan Zakat?

E-mail Cetak PDF
Penilaian Pengunjung: / 0
KurangTerbaik 

Alhamdulillah, saya telah selesai menunaikan rukun Islam yang ke-empat iaitu membayar ZAKAT. Untuk kiraan nisab zakat, sila rujuk artikel (). Namun apa yang saya ingin tekankan disini ialah kepentingan zakat dan signifikasi terhadap kehidupan kita.

Zakat bermaksud penyucian. Penyucian dari apa? Sumber pendapatan kita. Hari ini umat Islam masih lagi kurang faham mengenai konsep zakat yang sebenarnya. Rata-rata daripada kita beranggapan apabila sudah menunaikan zakat fitrah pada bulan Ramadhan, kita telah menunaikan rukun Islam ini. Namun pada hakikatnya, masih banyak penyucian harta perlu kita buat, bukan sekadar zakat fitrah.

Zakat fitrah hanya untuk diri kita sendiri, sedangkan bagaimana pula dengan harta kita? Wang simpanan kita? Ternakan dan tanaman kita? Ini lah yang kita perlu runsingkan apabila tiba bulan Ramadhan. Namun, untuk pengiraan nisab zakat, kita perlu menentukan nilai pendapatan bersih kita genap setahun qamariah (klik disini untuk mengira zakat pendapatan dengan kalkolator zakat PPZ). Berikut adalah syarat wajib zakat:

  • Islam - Zakat hanya dikenakan ke atas orang Islam. Bagi perniagaan perkongsian orang Islam dengan bukan Islam hanya peratusan ekuiti orang Islam sahaja diambilkira untuk zakat.
  • Merdeka - Hamba abdi tidak wajib berzakat kecuali zakat fitrah. Walau bagaimanapun tidak timbul persoalan hamba abdi masa kini, tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib berzakat.
  • Milik Sempurna - Harta yang dimiliki mestilah sempurna dalam kekuasaan seseorang dan tidak bersangkutan dengan orang lain. Pemilik juga dapat memperlakukan dan memperolehi manfaat daripadanya.
  • Cukup Nisab - Nisab adalah paras nilai minima yang menentukan samada wajib atau tidak sesuatu harta dikeluarkan. Nisab adalah bersamaan dengan 85 gram emas nilai semasa. Nilainya lebih kurang RM 4600 (bergantung kepada harga semasa emas).
  • Cukup Haul - Cukup haul bermaksud genap setahun harta disimpan.
  • Niat Untuk Berniaga - Syarat ini hanya bagi zakat perniagaan sahaja.
Untuk keterangan lanjut, sila lawati laman web Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Semoga harta kita bersih dan suci. Insyaallah.
You are here: