Qurban 4 Life 2009
Alhamdulillah, hasil ibadah Qurban anda bersama Program Qurban For life (Q4L) Muslim Aid Asia, ramai golongan yang memerlukan seperti mangsa taufan Sidr di Bangladesh, pelarian Palestin di Lebanon, serta anak-anak yatim dan golongan miskin dan susah di Malaysia telah mendapat bantuan tin daging qurban ini. InsyaAllah tahun ini Muslim Aid Asia kembali lagi sebagai wadah untuk anda melakukan ibadah Qurban.
Seperti tahun-tahun lepas, Muslim Aid Asia masih menawarkan harga RM350 untuk satu bahagian qurban penuh. Ini termasuk bagi harga seekor kambing biri-biri, penyembelihan, proses masakan, pengetinan, penghantaran dan pengagihan.
Dalam melaksanakan program Q4L ini, anda mendapat jaminan bahawa syarat-syarat sah qurban dipenuhi mengikut hukum syara’
- Kami melaksanakan penyembelihan pada hari yang ditetapkan semasa EidilAdha (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah)
- Penyembelihan dilakukan dipusat-pusat yang bertauliah dan diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
- Binatang peliharaan juga adalah yang terpilih khas untuk qurban
Penyembelihan ini dilakukan di rumah-rumah penyembelihan terpilih di Australia yang diiktiraf oleh JAKIM dan diawasi ketat oleh Muslim Aid Australia, sebuah organisasi kebajikan yang diiktiraf oleh Persekutuan Majlis Agama Islam Australia. Muslim Aid Australia juga adalah merupakan penandatangan kepada peraturan dalam Kod Tatacara Majlis Pembangunan Antarabangsa Australia (ACFID). Pematuhan secara sukarelawan ini menunjukkan komitmen Muslim Aid terhadap amalan beretika dan tanggungjawab kepada masyarakat.
Untuk keterangan lanjut, klik di sini.














MuslimAid Asia, a non-profit organization for the poor, orphans house and the needy worldwide.
